Baru2 ini, saya ada terima satu soalan yang agak menarik dari follower saya.
Satu ketika dulu, saya sendiri pun tertanya2, kenapa ada dua jenis lelongan yang berbeza. Ada yang dibuat di pejabat2 pelelong, dan ada pula yang dibuat di mahkamah dan pejabat tanah.
Secara teknikalnya, dari apa yang saya faham, lelongan mahkamah/pejabat tanah adalah untuk hartanah yang sudah memiliki geran individu atau strata individu. Selebihnya akan dilelong di pejabat pelelong biasa.
Berikut adalah beberapa KELEBIHAN sekiranya unit yang anda ingin bida dilelong di mahkamah/pejabat tanah,
- Hartanah sudah ada geran individu. Bank lebih mudah nak bagi loan sebab hartanah sudah tidak memerlukan consent dari pihak pemaju. Kebelakangan ni, sudah ada beberapa bank yang tidak memberikan pinjaman untuk hartanah yang berusia lebih 10 tahun tapi masih belum memiliki geran individu. Kena hati2 di situ.
- Proses pindah milik nama lebih cepat sebab dokumen2 sudah dilengkapkan sebelum hartanah dilelong.
- Masa yang diberi adalah selama 120 hari. Bukan 90 hari seperti sesetengah lelongan biasa.
- Semua tunggakan cukai2, maintenance, utiliti ditanggung oleh pihak bank sehingga tarikh lelong.
Namun ada beberapa KEKURANGAN yang kita perlu waspada :
- Lelongan mahkamah agak tegas. Tiada lanjutan masa akan diberi sekiranya bayaran baki tidak dijelaskan dalam tempoh 120 hari. Deposit pula akan dirampas dan hartanah akan dilelong semula.
- Bila hartanah dah ada geran individu, lebih mudah untuk pihak luar memasukkan caveat ( sekatan kepentingan ) persendirian. Ini akan menyusahkan proses tukar nama. Kebarangkalian hartanah lelongan mahkamah/pejabat tanah untuk ada caveat persendirian lebih tinggi berbanding lelongan biasa.
- Pembida hanya boleh diwakili oleh pasangan, ibubapa, adik beradik atau agent hartanah berdaftar sahaja (syarat wakil yang ketat).
- Sesetengah lelongan mahkamah mengambil masa lelongan yang agak lama. Biasanya memakan masa separuh hari ( 9am – 12pm). Proses lelong nya sekejap sahaja tapi banyak masa habis menunggu lelongan dimulakan.
Sekiranya ada lagi maklumat2 lain yang saya tertinggal, feedback dari anda amat dialu2kan. Anda boleh tulis feedback di ruangan komen facebook di bawah ya!
adam says
bagaimana untuk mendapatkan senarai hartanah lelong? maksud saya senarai yang lengkap beserta nama pelelong setiap hartanah. adakah hanya pelelong berlesen yang mendapat senarai tersebut? kebanyakan website yang menyediakan senarai tersebut mengenakan yuran keahlian yang tinggi.
Izwan Latif says
boleh whats app saya di 019-2488883 untuk info2 lelongan…saya akan assist
TQ
Calvin Koh says
1)Is it a standard that the bank must provide the tenderer vacan procession.
2) if the title been kaveat. What should I do?
The above is belong to lelong Mahkamah.
Izwan Latif says
boleh whats app saya di 019-2488883 untuk info2 lelongan…saya akan assist