Dalam pelaburan hartanah lelong, harga pasaran semasa merupakan satu indikator penting bagi membuat satu-satu keputusan pembelian. Lagi rendah harga menang berbanding harga pasaran, lagi bagus.
Akan tetapi, harga pasaran semasa merupakan satu harga yang agak elusive. Tidak ada satu pun teknik yang boleh dikatakan tepat disebabkan harga pasaran merupakan satu harga yang sentiasa berubah bergantung kepada yang menilai.
Di sini saya cuba menerangkan beberapa method yang kita boleh gunapakai untuk menentukan harga pasaran. Boleh pilih ikut kesesuaian sendiri.
Tanya Jurunilai Berdaftar
Ini merupakan satu method yang paling tepat berbanding cara2 lain. Bank juga menggunakan harga yang diberi oleh jurunilai berdaftar. Namun, tidak semua orang akan mendapat layanan yang dikehendaki apabila bertanya terus dengan jurunilai berdaftar. Biasanya jurunilai berdaftar akan beri perhatian lebih kepada banker atau agent hartanah disebabkan adanya potensi bisnes kepada mereka. Kalau setakat tanya kosong, jangan marah kalau tidak dilayan ya!
Even harga semasa jurunilai berdaftar juga boleh berbeza2. Ada jurunilai yang agresif dan ada yang konservatif. Kebiasaannya, pihak bank akan memilih harga yang konservatif sebab bank tidak suka risiko.
Semak harga secara online
Ini cara yang paling biasa digunakan. Malah saya juga gunakan cara yang sama. Kita boleh semak harga jualan untuk unit yang lebih kurang sama dan buat perbanding. Ambil harga purata. Jangan pula ambil harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Antara portal online yang boleh kira rujuk adalah seperti iproperty.com, mudah.my dan propwall.com.
Sekarang ni sudah wujud satu portal yang membolehkan kita semak harga transaksi terkini iaitu brickz.my. Portal ini berbayar so kalau anda ingin menjadi pelabur hartanah yang tegar, saya galakkan anda bayar untuk khidmat ini.
Tanya jiran2 sekeliling/rakan2
Ini juga satu cara biasa yang boleh kita gunakan. Cuba tanya jiran2 sekeliling atau rakan2 kita yang kenal kawasan yang hendak kita beli. Mereka mungkin sudah membuat semakan harga pasaran lebih awal. Tapi kita juga harus bijak menilai sebab kita tidak mahu guna harga yang “syok sendiri). Seeloknya cuba bandingkan sekurang2nya harga dari dua method dan dari situ, baru kita buat penilaian.
Lepas kita dah dapat harga pasaran semasa, baru lah mudah kita nak cari deal2 menarik di senarai lelong. Mana2 unit lelong dengan harga reserve yang rendah dari harga pasaran, boleh kita beri perhatian lanjut. Buat senarai pendek. Bila dah ada senarai pendek, baru la kita buat tindakan selanjutnya iaitu lawatan tapak (site visit).
Leave a Reply