Anda pernah main game cashflow 101?
Game tu direka oleh penulis buku kewangan peribadi yang terkenal, Robert T Kiyosaki (Rich Dad Poor Dad)
Beberapa hari lepas, saya berkesempatan bermain permainan tersebut atas jemputan dari saudara Wan Adli Wan Hassan dan event tersebut diconduct bersama dengan AbangAbu Mekanik Wang (TQ Bro! Kalau ada lagi sessi lain, aku nak join ek)
Selepas bermain permainan tersebut bersama rakan2 semeja, saya dapat belajar beberapa perkara yang boleh di kaitkan dengan keadaan realiti kita.
Pada yang berminat nak mencuba versi online, boleh klik link ni ya !
http://www.richdad.com/apps-games/cashflow-classic
Objektif utama permainan tersebut adalah untuk keluar dari perangkap RAT RACE..
Dan saya bahagikan permainan tersebut kepada 3 Fasa utama (ni ikut pengalaman saya la)
Fasa Pertama (Asas) – Sekitar umur 20an
————————————————————————
✔ Tidak kira dari mana kita bermula dan apa pun jenis pekerjaan kita, semua orang ada peluang untuk mencapai kebebasan kewangan
✔ Ini penting ! Kena develop tabiat untuk mencatat kira2 duit keluar masuk. Kalau kita sendiri tak tahu duit kita pergi mana setiap hujung bulan, jangan citer pasal impian nak dapatkan kebebasan kewangan.
✔ Pastikan ada lebihan duit di setiap bulan, kalau negative cashflow, then kena rawat keadaan tu dulu sebelum mula untuk melabur.
Formula simple yang boleh digunakan :
Pendapatan – Simpanan = Belanja
✔ Pastikan ada emergency fund (amat penting jika berlaku musibah). Jangan habiskan semua tunai untuk mengejar peluang. Sekali tersilap langkah, jenuh nak bangun semua
✔Cuba cari cara untuk menambahkan pendapatan (part time job, buat sales, OT, claim, bonus, side bisnes). Pastikan semua duit tersebut di simpan dalam tabung pelaburan. Hanya belanja di bawah paras pendapatan bulanan yang kita dapat.
Fasa Kedua (Pertengahan) – Sekitar umur 30an
———————————————————————————–
✔ Kena berani amik risiko secara berhemah
✔ Mulakan dengan deal2 kecil dahulu. Belajar untuk memahami selok belok pelaburan. Tahu untuk mengasingkan deal yang baik dan tidak baik
✔ Ada banyak cara untuk melabur. Saham, hartanah, bisnes
✔ Pada peringkat awal, jangan terlalu fokus kepada cashflow dahulu. Fokus pada peluang untuk menjana keuntungan (exit plan). Untuk deal2 kecil, biasanya cashflow yang diperolehi tidak begitu significant.
✔ Kumpul asset2 small deal sebanyak yang boleh dan berdoa agar kita dapat jual asset2 tersebut pada harga yang berbaloi. Dengan keuntungan yang diperolehi itu akan kita gunakan untuk mencari big deal
Fasa Ketiga ( Ke arah Kebebasan Kewangan) – Sekitar umur 40an ke atas
——————————————————————————————————————————
✔ Time ni kita dah ada fund pelaburan yang agak besar. Biasanya nilai tunai dalam sekitar rm200k ke atas.
✔ Kita dah boleh mula fokus pada deal2 besar yang menjana keuntungan cashflow yang tinggi.
✔ Pada ketika ini, kita tidak menjual asset yang kita ada. Kita mula mengumpul dan kumpul selagi boleh.
✔ Pada ketika ini, kita cuba pastikan cashflow dari asset2 kita supaya lebih dari jumlah perbelanjaan bulanan kita…Bila capai level tu, then kita dah dikira mencapai kebebasan kewangan.
Part Fast Track tidak banyak yang boleh saya ulas. Ianya lebih kepada fasa mengejar impian.
By this time, kalau dah ada duit lebih tu, buat je la apa yang kita nak buat.
🙂 Antara nasihat2 lain yang saya dapat dari rakan2 sepermainan selepas selesai :
- Boleh nak capai kebebasan kewangan sorang2, tapi lagi cepat kalau buat secara berjemaah
- Peluang tidak datang bergolek. Kita kena rajin cari
- Kadang2 peluang datang depan mata tapi kita tak perasan, kena latih mata minda untuk melihat peluang
SHARE JIKA BERMANFAAT
Leave a Reply