Ini cara saya…
Benda pun bukan rahsia mana…
Yang penting beberapa komponen kena ada dan mesti selari untuk menjayakannya…
Saya dah guna cara ini untuk beberapa unit hartanah saya..
Apa yang saya buat?
Saya guna konsep Partnership…
Saya cari orang2 di sekeliling saya yang masih memiliki kuota loan 90% ( masih ada kuota untuk pembelian rumah pertama dan kedua). Seeloknya cari yang muda2 dan baru bekerja. Mereka2 ini masih belum ada keinginan untuk membeli hartanah sama ada kerana minda belum terbuka atau masih belum ada deposit untuk membeli rumah.
Dalam kes saya, saya mulakan dengan adik beradik saya dahulu. ( Boleh je consider sepupu sepapat, kawan2 rapat, kawan2 sekepala etc… yang penting mesti selesa bekerjasama dan ada kepercayaan).
Untungnya saya, sebab dari awal lagi saya dah groom mereka supaya celik pelaburan hartanah. Bila dah celik hartanah, baru la senang nak sembang dan capai kata sepakat.
So kami buat kerjasama bersama.
Mereka sediakan nama untuk loan, saya sediakan modal dan run da show…
Nanti bila tiba masa kutip keuntungan, kita bahagikan untung bersih mengikut apa yang telah dipersetujui.
Dalam hal ini, kita kena la kreatif dan inovatif. Sentiasa cari penyelesaian dan bukan fokus pada masalah. Kalau kita rasa stuck semata2 sebab kuota 90% tu, sayang la…masa berjalan…
Nak buat agreement ke tak? Haa…part ni terpulang la pada korang…nak rasa selamat, buat la kemas2…tu lebih afdal…walaupun dengan ahli keluarga sendiri…
Saya tahu, mesti ramai yang akan kata…
Saya x boleh nak jawab semua isu2 tu..saya cuma kongsi apa yang saya buat…
Kalau rasa boleh pakai, pakai la..
Kalau rasa x boleh, then cari cara lain…yang penting fokus pada penyelesaian…bukan masalah…
Peace yo!

Leave a Reply