Dah lama rasanya tak jumpa drama di tempat lelong…
Selalu dengar2 kisah je…
Kali ni jadi depan mata…
Kesian pun ada…tapi nak buat macam mana…
Undang2 tetap berjalan seperti biasa…
Kisah kali ni melibatkan kes penipuan penjualan rumah..
Alkisah, pagi tadi saya ada masuk membida satu unit rumah flat di kl…
Lelongan dibuat di mahkamah kl…
Rumah ni rupanya dah pernah lelong sebelum ni tapi dibatalkan…
Sebabnya, penyewa rumah tersebut dalam proses membeli unit ni secara subsale dari tuan punya rumah..snp pun dah sign, tapi tup2 rumah kena lelong…
memang tuan rumah ni bermasalah…masa first time call off tu, pihak mahkamah kasi peluang pada owner rumah untuk selesaikan hutang dengan pihak bank…duit deposit rumah 10% dari penyewa pun dah diterima…
penyewa/pembeli baru tu seorang makcik tu yang ditemani oleh anaknya…apa la yang makcik tu tahu sangat pasal jual beli rumah…disuruh sign,dia sign, disuruh bayar dia bayar…
Bila jadi lagi lelong kali ni, disebabkan owner lama menghilangkan diri…janji tinggal janji..duit 10% dah dibawa lari…
Menangis la makcik ni dengan anak nya dalam usaha nak selamatkan rumah yang diduduki sekarang ni…
Saya pun tak boleh nak buat apa…
Sementara menunggu lelongan nak mula, saya kasi la nasihat dan pandangan…rumah dilelong ikut prosedur…duit makcik 10% tu perlu dituntut dari owner lama guna saluran yang lain…
Kalau ikutkan hati , memang saya nak tarik diri sahaja dari lelongan ni…biar makcik tu menang rumah tu semula…tapi apakan daya…ramai pula pembida yang berminat…rambut sama gelap tapi hati orang mana kita nak tahu…
Nak slowtalk dengan pembida2 lain pun tak mudah…
so akhirnya kita lawan secara gentleman dalam bilik lelongan…
Sian makcik tu, lawan sehingga titisan terakhir tapi masih gagal untuk menang…ada orang lain yang angkat lebih tinggi…pasangan suami isteri yang beli untuk duduk juga…
Saya cuma mampu geleng kepala…
Makcik tu dan anak nya dah start nangis2 balik…saya yang hati tisu ni cepat2 collect bank draft dan beredar dari situ…kang stay lama2 kang saya pun tumpang nangis sama…lagi haru…
Semoga pembida yang berjaya tu boleh bertolak ansur dengan makcik tu..
Aminnn….
Leave a Reply