Anda pernah dengar tentang “Double Transfer”?
Ini merupakan salah satu perangkap samar dalam dunia hartanah lelong yang agak ditakuti oleh ramai pelabur haratnah lelong. Ramai yang sakit kepala dengan perkara ini dan saya pun tidak terkecuali...
Ianya berlaku apabila unit yang dah ada strata / individual title tapi belum dilengkapkan ketika unit dilelong…( dalam penjualan secara subsale juga ada isu double transfer)
Kita takut benda ini berlaku sebab proses pindah milik akan memakan masa yang agak lama kerana terpaksa melalui dua kali pindah milik (boleh rujuk gambar). Masa kita pula terbatas dengan tempoh 90/120 hari yang diberi oleh pihak bank pelelong..
Lebih ngeri jika kita beli unit lelong tu dengan bantuan pinjaman dari bank lain…
Pinjaman kita biasanya tidak dapat di disburse dengan cepat sebab isu double transfer ni…
Bila kita tidak sempat buat full settlement dalam tempoh masa yang diberi, lawyer kita terpaksa request lanjutan masa dengan penalty dari bank pelelong…
Penalty ini yang jadi killer…kos tersembunyi yang boleh ‘membunuh’ capital kita…
Lebih2 lagi jika unit yang kita beli tu adalah unit mahal…sebab penalty dikira berdasarkan berapa baki wang belian yang belum diselesaikan…
So cemana nak overcome issue ini?
Cara paling senang tapi tak ramai orang boleh buat….
BAYAR CASH
Atau pun cari la loan dgn bank yang boleh disburse duit awal walaupun pindah milik x lengkap sepenuhnya…
Kalau dapat bank yang banyak cekadak, semua benda nak complete baru nak keluar duit…memang masak…saya dah kena…memang nightmare gile…
So sebelum apply loan bank, tanya2 la banker tu mcm mana bank buat full disbursement…
Oh ya…
Kalau nak jadi pelabur hartanah lelong yang tegar, jangan serabut sangat pasal issue penalty ni…
Kalau dah beli rumah 30% below market, dah untung puluh ribu atas kertas…
Setakat terpaksa kena penalty untuk lanjutan dua tiga bulan, jangan la panik dan serabut tak tentu hala…
Anggap la ia sebagai kos pelaburan yang tidak dapat di elak kan…
Mana boleh nak untung semua, rugi tidak mahu….kan? Hehehe….
Share jika manfaat ya!
Leave a Reply