Salam sejahtera rakan2!
.
Kali ni saya nak sembang tentang konsep kebebasan kewangan yang dok dicanang2 dalam kebanyakkan buku berkaitan dengan kewangan peribadi.
.
Apa itu kebebasan kewangan?
.
Dari segi definasi, ianya bermaksud satu keadaan di mana kita tidak perlu lagi bekerja secara aktif untuk mendapatkan pendapatan kerana hasil pendapatan bulanan pasif kita sudah menyamai atau melebihi perbelanjaan bulanan.
.
Dari konsep pendapatan pasif pula, setiap di antara kita mempunyai preference yang berlainan. Ada yang pilih untuk memiliki hartanah2 yang menjana sewaan bulanan. Ada pula yang memilih untuk mencipta royalti. Ada juga yang lebih suka untuk meletakkan sejumlah duit ke dalam instrumen kewangan yang memberikan pulangan secara dividen.
.
Untuk memudahkan perkongsian ini, mari kita gunakan konsep NET WORTH sahaja.
.
Networth = nilai aset – nilai liabiliti .
.
Lebih kurang macam ni la, bayangkan anda jual semua asset anda dan selepas ditolak dengan baki pinjaman (jika ada), anda dapat sejumlah tunai dan masukkan tunai tersebut ke dalam ASB/TH yang memberikan pulangan sebanyak 5% setahun.
.
Kita mengharapkan hasil dividen setahun tersebut untuk menyara kehidupan kita (dividen ini yang dikatakan pendapatan pasif).
.
Mari kita amik contoh, katakan kita ada tunai sebanyak RM 1 juta hasil dari jualan asset2 kita. Ini bermakna kita akan menikmati pendapatan pasif sebanyak
.
Pendapatan pasif = (RM 1,000,000 x 0.05) / 12 = RM 4166 sebulan
.
Adakah pendapatan pasif itu cukup untuk kita? Adakah kita sudah dikira bebas? Jom kita bincang.
.
Hasil pembacaan saya , konsep kebebasan kewangan itu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
.
KEWANGAN “SELAMAT”
.
Pendapatan pasif boleh menyara keperluan ASAS kita seperti sewa/ansuran rumah, makan minum, utiliti, pengangkutan dan insuran.
.
KEWANGAN “SELESA”
.
Pendapatan pasif boleh menyara gaya hidup SEKARANG (perbelanjaan ASAS + perbelanjaan lain seperti pakaian, hiburan, etc)
.
KEWANGAN “BEBAS”
.
Pendapatan pasif boleh menyara gaya hidup IMPIAN ( perbelanjaan yang dapat memenuhi impian kita seperti travel dunia 3-4 kali setahun, beli kereta mewah, buat charity etc)
.
Dalam perjalanan kita untuk mencapai kebebasan kewangan, elok kita pecahkan target kita kepada 3 peringkat di atas.
.
Kita mula dulu dengan target untuk capai kewangan ‘selamat’ dan bila kita dah sampai level tersebut, saya percaya kita akan rasa lega sebab keperluan asas kita terjaga.
.
Kemudian kita teruskan lagi perjalanan untuk capai kewangan ‘selesa’. Pada peringkat ni, kita sudah mula yakin dan tenang.
.
Once kita capai kebebasan kewangan, time tu kita sudah ada pilihan untuk terus buat apa yang kita suka buat, atau bole explore benda baru tanpa ada kerisauan.
.
Saya prefer kita pecahkan peringkat ini sebab kalau kita terus nak target nombor untuk capai kebebasan kewangan, ianya mungkin terlalu besar dan agak ‘overwhelmed’. At the end, kitarasa macam mustahil dan kehilangan motivasi.
.
Tapi bila kita mula capai kewangan ‘selamat’ dan ‘selesa’, pasti kita akan rasa terus yakin untuk capai peringkat kebebasan kewangan.
.
Sebenarnya, mungkin ada di antara kita yang sebenarnya sudah mencapai level Kewangan “SELAMAT” tapi tidak perasan sebab terlalu fokus dengan Kewangan “BEBAS”
.
Lepas tu dok stress je memanjang…chill la geng…enjoy the moment hehe….
.
Anda rasa artikel ini bermanfaat?
.
Jom komen ” Bebas kewangan” di bawah
.
#riderlelong
#tipskewangan
Leave a Reply