Salam Sejahtera Semua !
Lepas abam go thru beberapa chapter awal buku ” Who Says U cant be rich working 9-5″ By Mark Chua, abam cuba reflect kisah penulis dengan diri abam time dulu2…
Abam setuju dengan apa yang Mark Chua tulis..Memang tidak mustahil kita boleh kaya dengan menjadi seorang pekerja…Kawan2 abam sekarang pun ramai yang super duper power dengan portfolio hartanah mereka dan mereka masih bekerja 9-5 dan mereka sangat gembira dengan kerjaya mereka….
Cuma bila abam kenang balik pada masa abam bekerja dahulu, abam mula sedar beberapa perkara.
-
Abam tiada kemahiran dan desire untuk climb corporate ladder.
-
8 tahun abam kerja sebagai seorang executive biasa. Tiada kenaikan pangkat. Kenaikan gaji hanya berdasarkan kenaikan gaji tahunan. Abam sedar abam hanya seorang pekerja medicore.
-
Abam ada satu persepsi di mana abam rasa kenaikan pangkat dari exec ke level manager agak tidak berbaloi dengan imbuhan yang diperolehi. Abam perasan bos2 abam kerja teruk di ganyang top level dan terpaksa juga menghadap karenah lower level. Macam jadi sandwich. ( Ni pandangan peribadi abam).
-
Abam bernasib baik ada mentor yang memberi galakan untuk abam berdikari.
Alhamdulillah rupanya rezeki abam ada di luar sana.
Sekarang abam boleh tersenyum bila mengenangkan diri abam yang dahulu. Kalau abam boleh patah kembali masa dan berjumpa diri abam yang dahulu, konpem abam dah ganyang kepala dia haha…
Pada rakan2 abam yang masih bekerja dan ingin berjaya dalam pelaburan hartanah, ni ada sedikit tips yang abam boleh share lepas baca buku tu…
-
Active income sangat penting. Dengan income aktif yang tinggi, kemampuan kita untuk melabur meningkat dengan banyak.
-
Ada matlamat yang jelas. Kita mesti tahu nak jadi apa dalam kerjaya kita dalam tempoh masa berapa lama. Seperti Mark Chua, dia ada visi yang jelas dia akan jadi seorang Senior Vice President dalam tempoh 10 tahun dari dia menjadi seorang junior executive.
-
Salah satu cara yang efektif untuk meningkatkan pendapatan dan pangkat adalah dengan lompat kerja. Pindah dari satu organisasi ke organisasi yang lain dan pada masa yang sama, meningkatkan nilai diri di mata majikan.
-
Stop the blaming game. Jika kita rasa diri kita tiada progress, amik tindakan yang sepatutnya. Jangan salah kan bos, salahkan tempat kerja, salahkan kaki bodek yang asyik sailang peluang kita. Kita yang decide apa yang kita boleh buat dalam lingkungan kuasa tindakan kita.
-
Pilih industri yang ada masa depan yang cerah. Dulu industri Oil n Gas yang paling cerah. Sekarang mungkin industri yang lain. Sila buat kajian dan streamline dengan minat kita.
-
Usaha tangga kejayaan. Kena rajin. Pada masa yang sama, kena bijak. Jangan rajin semberono. Nanti kena pijak.
-
Nak tanak, kita kena ambil tahu dengan politik office. Bukan dengan niat untuk pijak orang, tapi supaya kita tidak kena pijak.
-
Personally, abam rasa syarikat yang kecil lebih senang untuk kita progress berbanding bekerja di syarikat gergasi.
Sekian coretan abam untuk pagi isnin ni.
Pada rakan2 abam yang menyambut Tahun Baru Cina Esok, Selamat Makan Besar!
Berminat nak cari deal lelong yang best? Jangan segan2 untuk roger abam ya…
Wasap.my/60192488883 (Izwan)
#riderlelong

Leave a Reply