Salam sejahtera rakan-rakan semua!
Mari kami kongsikan bagaimana anda boleh tambah pelaburan ASB guna smartphone.
Selepas ini, anda tidak perlu lagi beratur ambil nombor di kaunter bank atau pejabat POS untuk tambah pelaburan ASB. Tidak perlu lagi isi borang biru. Tidak perlu lagi bersusah payah cari parking. Semuanya di hujung jari!
Akan tetapi kami kena letak disclaimer dulu. Untuk membolehkan anda membuat transfer secara apps ni, anda perlu register dulu akaun / nombor phone anda di mana-mana pejabat ASB terdekat. Once sudah register akaun online, baru anda boleh guna fungsi dalam Apps ASB ni.
Katakan anda sudah buat langkah di atas ya…
Jom kita ke langkah untuk tambah pelaburan..(refer gambar)
1. Download Apps My ASB
2. Login
3. Pilih tabung yang anda ingin tambah
4. Tekan “tambah pelaburan”
5. Click “check box”. Klik butang “Seterusnya”
6. Isi jumlah yang ingin ditambah. Klik butang “seterusnya”
7. Pilih bank (Kami ambil bank CIMB sebagai contoh)
8. Pastikan butiran summary betul
9. Login Akaun Bank
10. Request TAC dan isikan ruangan TAC. Klik “Submit”
11. Transaksi Berjaya!
Mudah kan?
Kami doakan rakan-rakan semua dapat manfaat dari posting ini.
SHARE pada rakan2 dan ahli keluarga ya! Kita galakkan mereka untuk menyimpan demi masa depan.
Leave a Reply