Pandemik covid19 yang menyerang seluruh dunia pada penghujung tahun 2019 memberi tamparan yang sangat hebat kepada semua. Malaysia juga tidak terkecuali. Krisis kali ini merupakan antara krisis yang sangat kritikal apabila nyawa diperjudikan. Sektor ekonomi merundum teruk malah menyaksikan ramai yang kehilangan pekerjaan. Pada masa ini jugalah senarai rumah lelong mencanak naik jumlahnya. Jadi pada artikel kali ini akan dibincangkan sebab musabab sesebuah rumah tersebut dilelongkan oleh pihak bank.
Umumnya, rumah akan dilelongkan apabila peminjam GAGAL membayar tunggakan ansuran pinjaman perumahan yang dibuat dengan institusi kewangan dalam tempoh masa yang dijanjikan. Kebiasaannya, rumah tersebut bakal dilelongkan apabila pembayaran ansuran pinjaman perumahan tertunggak untuk tempoh 6 ke 7 bulan. Namun begitu sudah tentu pihak bank akan dan telah memberi notis demi notis memaklumkan tentang tunggakan pembayaran tersebut. Jika peminjam/tuan rumah masih memeluk tubuh dan tidak mengendahkan notis tersebut, maka pihak bank berhak melelongkan rumah tersebut bagi mendapatkan semula nilai baki pinjaman yang telah diberikan sebelum ini.
Merujuk kepada ketidakmampuan peminjam membayar ansuran boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:
- Peminjam diberhentikan kerja dan tidak mampu membayar semula pinjaman perumahan.
- Peminjam berpindah ke luar negara dan tidak lagi ambil tahu atau ambil kisah akan harta dan rumahnya di Malaysia.
- Peminjam meninggal dunia.
- Peminjam culas akan ansuran yang perlu dilangsaikan dan tidak mahu mengambil tahu akan pinjaman perumahan yang telah dibuat.
- Peminjam ditimpa sakit yang boleh menghilangkan keupayaannya untuk bekerja atau menjana pendapatan dan membayar ansuran pinjaman perumahan.
Senarai ini boleh jadi panjang dan pelbagai bergantung kepada situasi peminjam yang rumahnya bakal dilelongkan. Apa sahaja faktor yang menyebabkan seseorang peminjam itu hilang kemampuan untuk membayar semula ansuran tersebut boleh menyumbang kepada punca ketidakmampuan peminjam.
Maka, ketahuilah bahawa setiap rumah yang dilelongkan punyai kisah yang tersendiri.
Team Rider Lelong,
Kisah rakyat rumah lelong.
#riderlelong
#teamrumahlelong
Leave a Reply