Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima kasih sebab sudi datang ke web rumahlelongpanas.com
Nama saya Mohd Izwan Bin Abdul Latiff (Boleh panggil Izwan sahaja).
Saya merupakan pengurus website ini dan juga merupakan pelabur dan ejen rumah lelong secara sepenuh masa.
Saya sudah berkecimpung di dalam industri hartanah lelong ini lebih dari 10 tahun. Bermula sekitar tahun 2007 dengan pembelian rumah lelong pertama saya di Pantai Dalam. Rumah tersebut masih saya pegang sehingga kini dan menghasilkan rental yield sekitar 17% setahun.
Tujuan saya membuat website ini adalah untuk membantu rakan-rakan saya mendapatkan rumah lelong yang sesuai untuk portfolio pelaburan masing-masing. Saya faham ramai rakan saya di luar sana yang ingin memulakan langkah pelaburan rumah lelong tapi masih dalam keadaan ragu2 dan tidak tahu bagaimana hendak bermula, tidak tahu di mana nak mendapatkan senarai lelong terkini dan kawasan mana yang sesuai untuk dibeli.
Di website ini, saya akan cuba mengemaskini senarai rumah lelong secara mingguan dan saya juga berkongsi tips2 dan panduan dalam selok belok pembelian secara lelong.
Alhamdulillah, setakat ini, saya dah bantu ramai rakan2 saya membeli rumah lelong pada harga yang sangat berbaloi. Biasanya dalam sekitar 20% di bawah harga pasaran. Malah ada yang hampir 50% bawah harga pasaran!
Sebelum menjadi pelabur hartanah dan ejen lelong sepenuh masa, saya merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia selama 8 tahun.
Ingin hubungi saya ?