Berikut adalah antara 10 soalan lazim yang saya terima berkaitan dengan pelaburan hartanah lelong
Soalan 1 : Saya berminat nak beli rumah lelong di (nama lokasi), macam mana cara untuk beli ya?
Untuk masuk lelong, anda perlu menyediakan bank draft dengan nilai sebanyak 10% dari harga reserve atas nama bank yang melelong. Bila tiba hari lelongan, anda perlu hadir ( atau diwakili oleh agent) ke tempat lelongan dan serahkan bank draft bersama IC kepada pelelong untuk mendaftar. Kebiasaanya pelelong akan memberikan satu bidding paddle kepada pembida.
Apabila lelongan hendak dimulakan, pelelong akan mengumumkan senarai pembida dan kadar kenaikan setiap kali bidding paddle diangkat. Rumah tersebut akan dijual kepada pembida dengan harga tertinggi selepas tukul diketuk pada panggilan ketiga.
Soalan 2 : Saya belum ada modal untuk deposit. Boleh saya gunakan duit KWSP?
Untuk masuk membida, deposit 10% dalam bentuk bank draft perlu disediakan terlebih dahulu. Ini bermakna anda perlu ada cash awal untuk membuat bank draft. Duit KWSP boleh dikeluarkan hanya setelah anda memenangi unit yang dibida.
Soalan 3 : Rumah lelong ni boleh dapat pinjaman bank?
Untuk pembelian hartanah lelong, pihak bank tiada masalah untuk memberikan pinjaman kepada pemohon yang layak. (Pihak bank masih ada syarat2 mereka sendiri). Yang penting, anda perlu pastikan duit loan bank dapat dibayar kepada bank pelelong dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Soalan 4 : Bagaimana saya nak semak harga pasaran?
Harga pasaran boleh disemak secara rasmi dengan menggunakan pihak penilai hartanah yang berdaftar. Namun anda juga boleh membuat anggaran harga hartanah dengan menyemak harga jualan semasa untuk hartanah lain yang lebih kurang sama dengan hartanah yang ingin dibida. Anda boleh semak menggunakan iklan2 yang terdapat di surat khabar, internet etc.
Soalan 5 : keadaan rumah macam mana ya? Lokasi di mana? Ada orang duduk?
Anda boleh semak alamat yang telah diberi di dalam listing yang saya bekalkan. Berpandukan alamat tersebut, anda digalakkan untuk membuat site visit sendiri untuk melihat keadaan hartanah dari luar (Anda tidak boleh melihat keadaan dalam hartanah tanpa izin). Sekiranya anda berpuas hati dengan hartanah tersebut, baru lah anda membuat persediaan untuk membida.
Sekiranya ada orang duduk dalam hartanah tersebut, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengeluarkan penghuni tersebut atas kos sendiri. Ini adalah kerana pihak bank tidak memberikan milikan kosong kepada pembida berjaya.
Soalan 6 : Kalau loan saya tidak lulus, bagaimana ya?
Sekiranya anda pembida berjaya., anda perlu menyelesaikan baki belian mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya loan anda tidak lulus, anda perlu mencari cara lain untuk menyelesaikan baki tersebut. Sekiranya pihak bank tidak menerima baki bayaran dalam tempoh yang diberi tanpa sebab yang munasabah, deposit 10% anda akan dirampas dan rumah tersebut akan dilelong semula.
Soalan 7 : Saya berminat nak beli unit kos rendah tapi saya tak layak. Adakah saya masih boleh beli jika menerusi lelong?
Sehingga kini, syarat pembelian rumah kos rendah tidak terpakai untuk pembelian rumah kos rendah menerusi lelongan awam. Ini bermakna anda masih boleh membeli rumah kos rendah walaupun dari anda tidak layak dari segi syarat milikan yang ditetapkan lembaga perumahan negeri.
Soalan 8 :Berapa lama tempoh yang diberi untuk saya selesaikan baki bayaran?
Tempoh masa yang diberi biasanya antara 90 – 120 hari (termasuk hari cuti). Amat digalakkan anda terus memohon pinjaman bank sejurus lepas menang bidaan ( jika anda ingin membuat pinjaman bank). Jangan berlengah sebab masa yang diberi tidak lama sebenarnya
Soalan 9 : Apa beza harga reserve, harga jual dan harga pasaran?
Harga reserve : harga terendah yang telah ditetapkan oleh pihak bank yang melelong sebelum bidaan dimulakan.
Harga Jual : Harga tertinggi selepas tukul diketuk oleh pelelong
Harga pasaran : Kadar harga semasa mengikut penilaian yang dibuat oleh penilai berdaftar
Soalan 10 : Siapa tanggung tunggakan lama rumah tu?
Ini bergantung kepada bank yang melelong. Setiap bank ada syarat yang berlainan. Kebiasaannya pihak bank hanya akan menanggung tunggakan cukai taksiran, cukai pintu dan tunggakan maintenance sehingga tarikh lelong sahaja. Di sarankan agar anda mendapatkan nasihat dari pelelong/agent berkenaan perkara ini sebelum membida.